[::Be Yourself::]

="MATI DIJALAN ALLAH LEBIH BAIK MATI DIJALAN RAYA"=

Malaysia Web Hosting, Malaysia Dedicated Server Provider, Malaysia Domain Registration

Friday, August 26, 2005

untukmu sahabat(special) hehe..

seindah sinar pelangi
serinya menawan hati
akan menghilang
disaat terlena sinar mentari
hanyalah...
sang rembulan dan bintang
kan menghiasi seri malam
usahlah mendusta hati
lena didakapi mimpi
menyapa keluhan
yang akhirnya akan mengundang rawan
yakinlah kan bersama
andainya telah tercipta
panca persada
himpunkanlah kekuatan
usahlah ditaburkan
seribu kemanisan harapan
dari genggaman
semarakkanlah warna asmara
pabila tiba ketikanya
keleraikanlah jalinan cinta
menjadi satu dalam jiwa
relaikan tiap keresahan
di ufuk kemahuan
tautkan keindahan ...
kebahagiaan

Thursday, August 25, 2005

Apasal la engkau malas sembyg
tuhan kasi engkau jasad siap dgn bayng2
bukan ke lebih beruntung drpd tiang
berdiri tanpa roh malam siang...

Apasalla engkau malas smbyg
hidup dah best keluarga pon dh senang
negara pon dh aman x lg hidup brdagang
takkan 5 waktu engkau x boleh luang..

Apasal la engkau malas smbyg
tuhan kasi kau otak spy kau x bangang
tuhan kasi kau ilmu boleh fikir susah senang
tuhan kasi kau nikmat kenapa engkau x kenang

Apasal la engkau malas smbyg
enkau kena ingat umur kita x panjang
pagi kita sihat petang boleh kejang
perjlnan akhirat amat la panjang..
Ingatlah janjiNYA adalah benar-sebenarnya..
Wallah'hualam..

Teknologi MIMO [802.11n]

TEKNOLOGI wayarles menjadi tumpuan masa kini dengan pengguna dan vendor sentiasa mencari rumusan terbaru yang membolehkan rangkaian lebih laju diperkenalkan.
Kebanyakan daripada kita, terutama yang tinggal di kawasan-kawasan bandar besar sememangnya sering mendengar Hotspot atau WiFi yang membolehkan pengguna mengakses Internet secara wayarles.
Produk yang menggunakan teknologi 802.11 dikenali sebagai WiFi (Wireless Fidelity) dan fungsinya menghubungkan antara dua produk atau lebih secara wayarles dalam persekitaran rangkaian kawasan setempat (LAN).

Selepas kejayaan standard 802.11 untuk teknologi wayarles LAN (WLAN) versi a,b dan g, kini syarikat pembangun produk rangkaian memberi perhatian kepada protokol baru 802.11n yang dikenali sebagai WiFi masa depan.

Pengurus produk kanan, SMC Networks Asia Pasifik, Sum Kok Meng berkata, produk berasaskan l 802.11g menjadi lebih laju kerana menggunakan teknologi MIMO (Multiple Input, Multiple Output).MIMO merupakan teknologi antena pintar untuk komunikasi wayarles yang membolehkan penggunaan pelbagai antena untuk penerimaan dan penghantaran signal.

Teknologi 802.11 yang dikenali sebagai WiFi (Wireless Fidelity) sebenarnya bermula dengan kelajuan 2 Megabit sesaat (Mbps) yang menggunakan jalur 2.4 GHz.Teknologi itu kemudiannya berkembang kepada 802.11b dengan 11 Mbps, 802.11a dan 802.11g masing-masing dengan 54 Mbps tetapi dengan jalur berlainan.Teknologi 802.11n disasarkan mampu mengendalikan transmisi data sehingga 100 Mbps.

Memandangkan ia baru diperkenalkan masih belum mendapat kelulusan sebagai produk standard dari Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) tetapi ia dijangka mendapat kelulusan itu tahun depan atau 2007.Ia dikenali sebagai `Pre-N' yang turut disertai oleh D-Link, Linksys, Netgear dan juga SMC Networks.

Pengenalan teknologi WiFi dengan MIMO merupakan berita baik kepada pengguna dan syarikat-syarikat kecil yang inginkan rangkaian WLAN berkuasa.Teknologi ini juga sesuai untuk digunakan bagi aplikasi penyaliran video yang akan digunakan bersama Media PC untuk dikongsi bersama televisyen digital, pemain stereo dan komputer peribadi di dalam rumah atau pejabat.

Teknologi MIMO dibahagikan kepada tiga kumpulan pembangun teknologi dengan Belkin dan Linksys dan Belkin menawarkan produk berasas MIMO menggunakan cipset Airgo Networks.
Netgear telah menjalin kerjasama dengan vendor antena pintar Video54, manakala D-Link dan juga SMC Networks menggunakan Super G dari Atheros Communications dengan cipset MIMO.

Secara umumnya, MIMO menggunakan pelbagai antena dan radio di dalam satu frekuensi untuk memindahkan data secara wayarles dalam 802.11n.Ketua pegawai eksekutif Airgo, Greg Raleigh yang merupakan pembentang kertas akademik pertama mengenai MIMO di Stanford University pada 1996 dilaporkan berkata, teknologi `True MIMO' mampu melakukan `spacial multiplexing'.

`Spacial multiplexing' membolehkan transmisi pelbagai data yang disalirkan melalui rangkaian radio dalam jaluran yang sama dan seterusnya menggandakan penyaliran data.Secara mudahnya, ia ibarat meminum air dalam gelas menggunakan dua penyedut (straw) atau lebih secara serentak.Memandangkan, teknologi WiFi berkelajuan tinggi ini masih baru dan belum mendapat kelulusan IEEE (badan pengawas standard teknologi komunikasi), maka sudah tentu ia akan menghadapi masalah `komunikasi' antara satu sama lain.

Bagi negara kita, teknologi WiFi terbaru ini sememangnya akan lambat lagi untuk dinikmati oleh para pengguna memandangkan ia belum lagi mendapat kelulusan standard antarabangsa.
Malahan, teknologi WiFi yang telah mendapat kelulusan standard oleh IEEE seperti 802.11g yang mengambil masa agak lama untuk memasuki pasaran negara.

Tuesday, August 23, 2005

::PUPUS::

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu